fbpx

Izara Aishah Sahkan Hamil Anak Pertama

Tahniah diucapkan kepada Izara Aishah dan suami, Adib Khalid yang bakal menimang cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi. Izara juga turut mengesahkan usia kandungannya kini mencecah enam bulan.

Menurut Izara dia dan suami sememangnya merancang menimang cahaya mata pada 2020. Dua tahun masih belum dikurniakan zuriat sehingga ada yang menuduhnya mandul, Izara berkata mereka mempunyai perancangan sendiri dan tidak suka kongsikan hal peribadi.

BACA: Izara Aishah, Suami Sedia Timang Cahaya Mata

“Sejak mendirikan rumah tangga, saya dan suami memang merancang untuk mendapatkan zuriat pada 2020 kerana masing-masing sibuk bekerja. Selain itu, kami juga mahu menikmati masa bersama terlebih dahulu. Alhamdulillah, Tuhan memakbulkan doa saya dan suami.

“Sebelum ini, apabila ada yang bertanya soal zuriat, masing-masing tidak berani untuk mengatakan kami ada perancangan sendiri. Kami hanya mengaminkan sahaja doa mereka. Pada masa sama, ada segelintir pihak di luar sana yang menuduh saya mandul.

“Seperti yang diketahui ramai, saya bukannya suka berkongsi hal peribadi secara terbuka. Berita kehamilan ini pun saya simpan selama enam bulan sebelum sedia untuk dikongsi,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Izara berkata dia tidak langsung mengalami sebarang alahan sepanjang proses kehamilan dan bayi dalam kandungannya juga dalam keadaan sihat.

Tahniah diucapkan kepada pasangan ini yang bakal menyambut cahaya mata pertama tidak lama lagi. Semoga proses kehamilan Izara dipermudahkan segala urusan dan gembira menikmati pengalaman ini.