Bergelar pelakon popular dengan beberapa tajuk drama popular terikat kepada namanya tidak bermakna Izara Aishah cepat berpuah hati dengan setiap hasil lakonan’nya — terbaru menerusi filem Sejoli di bawah arahan Osman Ali.

Bercakap kepada portal GUA hari ini, Izara Aishah yang pertama kali berlakon di bawah pengarah popular itu mengakui tidak berpuas hati dengan hasil lakonan beliau ketika menonton produk akhir filem Sejoli baru baru ini.

“Saya puas melihat lakonan orang lain tetapi saya tidak puas hati melihat lakonan sendiri. Ini merupakan kali pertama saya berlakon di bawah arahan Osman Ali. Saya rasa kadang kala saya terlebih over, rasa menyampah pun ada”

“Saya rasa teruk, tapi dari situ saya akan baiki mutu lakonan saya. Saya juga ada menghadiri kelas lakonan sebelum bermulanya penggambaran filem ini,” ujar Izara Aishah.

Filem Sejoli arahan Osman Ali dan turut dibintangi oleh Bront Palarae, Maya Karin, Remy Ishak, Azad Jazmin, Dira Abu Zahar dan ramai lagi ini akan berada di pawagam 20 Februari. Kami sarankan anda pergi tonton. (rtky/m)