Pelakon yang popular menerusi drama Oh My English! Izara Aishah memaklumkan bahawa sudah mempunyai target untuk menamatkan zaman bujangnya iaitu ketika dia sudah mencecah usianya yang ke-28 tahun dan ini bersamaan dengan 7 tahun lagi dari sekarang.

“Saya sudah mempunyai target untuk berkahwin apabila usia saya sudah mencapai 28 tahun — tetapi kekasih saya mahu kami berkahwin lagi 3 tahun,” katanya sambil tersenyum.


Dia juga menjelaskan bahawa sekiranya dia sudah berkahwin, bakal suaminya itu mahu dia mengurangkan aktiviti lakonan dan disebabkan itulah dia masih belum bersedia untuk berkahwin dalam masa yang terdekat ini.

“Saya sebenarnya cukup bertuah apabila kekasih saya faham kerjaya saya tetapi apabila sudah berkahwin kelak, dia mahu saya kurangkan aktiviti lakonan. Sebab itulah saya belum bersedia untuk berkahwin dan meninggalkan kerjaya saya ini,” katanya sambil berseloroh.

Sementara itu, Izara turut menjelaskan bahawa dia belum bersedia untuk membawakan watak sebagai seorang pelacur di usianya kini.

“Setakat ini, watak ‘pelacur’ tidak mampu untuk saya bawakan kerana saya belum bersedia dan memandangkan juga faktor usia saya yang masih belum sesuai untuk watak seperti itu, dan ternyata ianya berat bagi saya”, ujarnya jujur.

Perkembangannya yang lain, Izara akan muncul dalam telemovie Oh My English: Hello America! yang akan disiarkan di saluran Astro pada 15 Januari depan. (rtky/hfz)