Pasti ada yang terkejut dengan khabar ini, maklumlah nama pelakon remaja ini lebih sinonim dengan lakonan mantap beliau di stesen televisyen milik Media Prima.

Namun, khabar yang baru timbul ini mungkin akan membuat wajah beliau lebih kerap muncul di stesen TV berbayar. Ya, kita bercakap tentang si manis Izara Aishah.

Popular dengan lakonan berkesan beliau melalui Vanila Coklat dan akan muncul khas dengan telemovie Vanila Coklat Raya, Izara Aishah kini khabarnya di’intai pihak Astro.

Harian Metro melalui ruangan gossip mereka menyatakan yang Izara Aishah kini merupakan pilihan terbaru pihak Astro untuk menjadi wajah eksklusif mereka.

Khabarnya Izara Aishah masih belum memberikan kata akhir tetapi jika ia’nya jadi satu kenyataan, nama Izara Aishah akan sebaris dengan Aaron Aziz, Erra Fazira, Lisa Surihani.

Satu pilihan yang bijak sebenarnya untuk Astro memilih Izara Aishah kerana selain bakat lakonan, beliau juga seorang yang sangat mesra & rendah diri dengan semua orang.