fbpx

“Itulah Peguam Yang Nak Merompak Duit Saya RM900k…”

Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai peguam yang dikatakan mengeluarkan beberapa info berkenaan ‘isu dalaman’ tentang satu kes.

Malah, peguma tersebut juga menjadi wakil kepada Orang Kena Tuduh (OKT) sehingga mendapat kecaman netizen selepas mengeluarkan beberapa kenyataan di media sosial.

BACA: Positif Covid-19 Kali Kedua, Nabila Huda Akui Rasa Sakit Sangat

Susulan itu, perkongsian pelakon Nabila Huda yang lebih mesra disapa Abil turut menjadi bualan apabila membuka ceritanya sebelum ini dengan peguam wanita tersebut.

Menurut Abil, dia mendakwa peguma itu adalah individu yang mahu menyamannya sehingga mencecah RM900,000 beberapa bulan lalu.

 

Tidak mengenali peguam tersebut, Abil turut terkejut apabila dirinya disaman apatah lagi perkara itu hanya diketahuinya menerusi media sahaja.

Luahnya lagi, dia turut hairan apabila perkara itu dimaklumkan kepada media terlebih dahulu sedangkan dirinya yang disaman tidak tahu menahu.

Dakwa Abil lagi, peguam tersebut yang memaklumkan kepada pihak media terlebih dahulu mengenai dia akan disaman tetapi tidak memberitahu kepadanya tentang perkara itu.

Dalam entri tersebut, Abil turut mendedahkan mesej yang dikirim kepada pihak media untuk mengetahui siapa yang memberikan kenyataan mengeani isu saman menyaman itu.

Sementara itu, Abil menjelaskan dia tiada niat untuk mengeruhkan keadaan tetapi rimas apabila wajah peguam itu sering muncul di media sosial.

Dalam pada itu, Abil turut menitipkan pesanan supaya tidak mencari populariti dengan cara mudah kerana menjadi terkenal bukan sesuatu yang mudah.