fbpx

Misi Bantuan Ebit Lew Dipertikai, Nadir Al-Nuri Dedah Cerita Sebenar

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai misi kemanusiaan Gaza oleh Ustaz Ebit Lew apabila berlaku perselisihan faham antara pendakwah terkenal itu dengan penyanyi rap, Caprice.

Terbaru, Presiden Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al Nuri Kamarulzaman mengejutkan ramai apabila mendedahkan sesetengah pihak kurang senang dengan cara team Ustaz Ebit Lew (UEL) masuk ke Gaza.

BACA: “Saya Susah Nak Gaduh Dengan Sesiapa, Tapi Orang Datang Cari Gaduh”

Mendedahkan perkara itu menerusi Telegram, Nadir berkata dia sangat gembira sebaik sahaja mengetahui Ebit Lew akan melakukan misi kemanusiaan di Gaza. Malah, dia dihubungi oleh seorang pasukan Ebit Lew yang mahu mengetahui berkenaan cara memberikan bantuan disana.

Bagaimanapun, beberapa hari kemudian dia tidak mendapat sebarang maklum balas daripada pihak Ebi Lew. Ujarnya, dia sudah cuba berhubung namun tiada sebarang perkhabaran.

Menurutnya selepas sebulan pasukan Ebit Lew sepi, Nadir mendapat perkhabaran dimana pasukan Ebit Lew sudah pun berada di Cairo, Mesir.

Ketika itu hangat dipekatakan netizen tentang ‘kehilangan’ Ebit Lew apabila tidak memuat naik status mengenai keberadaannya di sana.

Nadir berkata dia turut diasak pelbagai persoalan daripada netizen mengenai keadaan Ebit Lew dan kemudian menasihati mereka memaklumkan mengenai perkembangan terbaru. Akhirnya Ebit Lew memuat naik status memaklumkan bahawa mereka selamat dan tiada bahaya menimpa mereka.

Berkongsi cerita ketika menyambut pasukan tersebut masuk ke Gaza, Nadir berkata dia bersama anaknya anaknya bergegas ke sempadan sebaik sahaja mengetahui pasukan Ebit Lew sampai di Rafah, Mesir.

Bagaimanapun kegembiraan Nadir bertukar hampa apabila Ebit Lew sendiri tidak bersama atau menegurnya ketika berada di sana.

Malah, dia turut ditegur bodyguard Ebit yang memintanya untuk memadam gambar dan video yang diambil serta tidak membuat sebarang liputan Live kerana ada stesen televisyen berbayar untuk membuat liputan.

Dalam pada itu, Nadir turut menjawab fitnah mengatakan semua bantuan harus melaluinya. Malah, semua NGO yang menghulurkan bantuan pernah berhubung dengannya akan dilayan sama dan sangat akrab.

Katanya lagi, dia tidak mengharapkan sebarang sumbangan dapipada pihak UEL kerana sedang menguruskan sendiri bantuan bernilai jutaan ringgit.

 

Kata Nadir lagi, tindakan pasukan Ebit yang masuk ke Gaza dengan membayar kepada sebuah syarikat dengan harga tinggi boleh menjejaskan badan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

Ujar Nadir, sebelum ini selama lapan tahun semuag NGO masuk ke Gaza melalui Rafah dengan melalui NGO Miles of Smiles dengan jumlah maksimum 200 ke 300 orang sahaja dalam setahun.

Diakhir perkongsian tersebut, Nadir berkata dia tidak kisah dengan kecaman yang dilemparkan diatas pendedahan tersebut.

Malah, turut meminta pihak Ebit Lew untuk tampil menjelaskan hal sebenar untuk mengelakkan netizen terus berbalah dan lebih banyak fitnah tersebar.