“Itu Semua Fitnah” – Diana Danielle Nafi Curang
Pelakon Diana Danielle menafikan dakwaan dirinya curang seperti yang didakwa suaminya Farid Kamil sehingga dia nekad untuk memfailkan perceraian.
Memetik Harian Metro, Diana berkata masalah yang berlaku adalah berpunca daripada suaminya dan jika benar dia curang mengapa aktor itu membelikan cincin serta membawakan bunga untuknya.
BACA: Farid Kamil Dakwa Orang Ketiga Punca Keretakan Rumah Tangga
“Itu semua fitnah. Masalah yang timbul adalah kesalahan dia 100 peratus. Kalau betul saya ada orang ketiga, kenapa dia nak belikan cincin kahwin saya? Kalau ‘kantoi’ kenapa nak bawa bunga?
“Bayangkan cincin yang dia nak bagi tadi sudah dia hilangkan selama lapan tahun, tapi baru hari ini dia nak beri semula cincin perkahwinan kami selepas lapan tahun,” katanya.
Nekad dengan keputusannya untuk bercerai, Diana berkata tindakan Farid membawa cincin dan bunga bukan untuk menyelamatkan rumah tangga mereka tetapi mahu menjaga maruahnya.
“Ya saya masih dengan keputusan untuk bercerai. Dia bukan cuba nak menyelamatkan rumah tangga (pemberian bunga dan cincin), tapi nak menyelamatkan air muka dia saja,” katanya.
Dalam pada itu, Diana yang mengulas mengenai kenyataan Farid sudah 23 hari tidak bertemu anak-anak berkata anak keduanya, Aurora kini dalam keadaan trauma namun tidak didedahkan puncanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Tak nak sgt bukak aib…buat netizen tertanya2. Kenapa tiba2 bercerai…kenapa anak perempuan dia trauma? Kenapa tak BG jumpa anak? Kes sumbang mahram kot…
alamak…. start dah……..
Ini baru betul, siap cakap ini semua ftnah. ps mana ada berani cakap fitnah kat sol. hmmm… pelikkan. mungkin mak mentua ps kena check balik betul2 menantu dia ni. jgn nanti menyesal salah pilih geng. apa pun, ianya tetap sama, hanya mereka saja yg tau masalah sebenar rumahtangga mereka. netizen minah sasau jgn nak jadi penyibuk rumahtangga org. bulan posa ni
(Repeated comment dari post lain)
Kuat betul putarbelit Farid Kamil ni! Satu geng dengan Syamsul Yusof bab cuba untuk berdalih.
Ini cerita yang sebenar tentang “pihak ketiga” (selain angkara-angkara Farid yang lain). Nak putar dari hakikat di mana DIA yang bersama pihak ketiga. Perempuan ini anak seorang yang agak terkenal dalam dunia kewartawanan. Baru nak jadi selebriti sebagai model dan pelakon, serta “duta” barangan.
Kemudian kantoi. Itu yang Diana Danielle tuntut cerai. Tapi tengok lidah bercabang Farid ni, cuba buat innocent!
Cincin kawin dihilangkan selama lapan tahun…dihilangkan atau digadai untuk beli dadah???