Farid Kamil Dakwa Orang Ketiga Punca Keretakan Rumah Tangga
Pelakon Farid Kamil mendeddahkan kehadiran orang ketiga punca keretakan rumah tangga bersama isterinya, Diana Danielle.
Memetik Harian Metro, Farid berkata dia mula menghidu mengenai kecurangan yang berlaku sejak tahun lalu namun pelakon itu mendakwa ‘terkantoi’ baru-baru ini.
BACA: Diana Danielle Padam Gambar Farid Kamil
“Alhamdulillah saya bersyukur kerana Allah sudah memberi petunjuk dan hidayah. Saya juga sudah cuba sedaya upaya memujuk Diana atas kesalahan yang tak munasabah tapi hari ini saya dapati ada pihak ketiga yang menyokong dia dari belakang.
“Saya kalau boleh nak tegakkan undang-undang Islam dan hak sebagai seorang suami, yang mana rumah tangga diganggu. Saya rasa sangat tidak adil sebagai seorang suami. Dan bila kita menuntut jawapan daripada dia mengenai perkara itu, perpisahan yang diminta.
“Saya sayangkan keluarga saya, saya tidak pernah lagi diuji sebegini. Saya baru mengesahkan mengenai hal ini hari ini tapi saya sudah maklum dari tahun lalu. Ia bukan masalah berlarutan cuma masalah ‘terkantoi’ baru-baru ini,” katanya.
Dalam pada itu, Farid berkata dia mahu menyelamatkan rumah tangga mereka demi anak-anak apatah lagi sudah 23 hari tidak dapat bertemu kedua anaknya, Muhammad dan Nur Aurora.
“Saya harus menyelamatkan isteri dari terus diperlakukan sebegitu. Saya sayangkan anak-anak kerana tanpa isteri saya, saya tak dapat jumpa anak-anak saya.
“Saya tidak dibenarkan jumpa anak selama 23 hari dan telefon pun tidak dibenarkan. Jadi, hari ini saya cuba menyelamatkan keluarga saya walaupun saya tahu itu kesalahan orang luar,” katanya.
Dalam pada itu, ditanya sama ada dia akan memfailkan nusyuz terhadap isterinya, Farid berkarta dia menyerahkan perkara itu kepada pihak mahkamah.
“Mahkamah akan putuskan hal terbabit. Saya berserah kepada Allah kerana benda ini membabitkan hukum hakam Islam dan saya tak boleh buat keputusan sendiri,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Kuat betul putarbelit Farid Kamil ni! Satu geng dengan Syamsul Yusof bab cuba untuk berdalih.
Ini cerita yang sebenar tentang “pihak ketiga” (selain angkara-angkara Farid yang lain). Nak putar dari hakikat di mana DIA yang bersama pihak ketiga. Perempuan ini anak seorang yang agak terkenal dalam dunia kewartawanan. Baru nak jadi selebriti sebagai model dan pelakon, serta “duta” barangan.
Kemudian kantoi. Itu yang Diana Danielle tuntut cerai. Tapi tengok lidah bercabang Farid ni, cuba buat innocent!