fbpx

Wanita Dakwa Pernah Cuba Dirogol Shuk Sahar

Nampaknya nama Shuk Sahar sekali lagi menjadi bualan ramai apabila kekasih gelapnya mendedahkan menerima mesej daripada wanita mendakwa hampir dirogol oleh pelakon dan pelawak itu.

Menerusi paparan mesej dikongsikan oleh Fara Salleh di Instagram, wanita tersebut mendakwa pernah cuba dirogol oleh Shuk.

BACA: Digelar Gemuk & Bosan, Shuk Sahar Cabar Netizen Bersemuka

Dakwa wanita itu lagi, dia sudah pun membuat laporan polis namun menarik semula laporan berkenaan kerana kasihankan pelawak tersebut.

Fara turut memuat naik laporan polis yang dibuat oleh wanita berkenaan. Menerusi laporan berkenaan dalam kejadian berlaku pada 13 Februari lalu, wanita itu mendakwa diajak oleh Shuk untuk lepak di hotel terletak di Bukit Bintang.

Dakwa wanita itu lagi, Shuk yang ketika itu dalam keadaan mabuk telah mencabulnya dan meraba bahagian dadanya. Wanita itu turut mendakwa pelawak berkenaan memasukkan jari ke dalam kemaluannya.

Dalam laporan tersebut, wanita itu mendakwa Shuk masih menghubunginya namun tidak dapat dipastikan laporan itu dibuat bila.

Dakwa wanita itu lagi, dia membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan dirinya. Difahamkan, menerusi paparan dikongsikan laporan dbuat di Balai Polis Batu Caves.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sejauh mana kesahihan pendedahan tersebut. Apa pun sama-sama kita nantikan penjelasan daripada Shuk sendiri.