fbpx

“Itu Bukan Saya, Bentuk Badan Pun Tak Sama”

Sejak beberapa hari lalu, hangat diperkatakan di media sosial mengenai penyebaran video lucah seorang lelaki yang dikatakan mirip penyanyi Aiman Tino.

Baru saja menonton video panas tersebut hari ini, Aiman menafikan bahawa lelaki di dalam video itu adalah dirinya. Kata Aiman, bentuk badan lelaki dalam video tersebut berbeza dengan dirinya malah latar belakang bilik juga tidak sama seperti yang didakwa.

BACA: Isu Video Lucah, Aiman Tino Beri Penjelasan

“Saya baru berkesempatan menonton video itu hari ini dan ia bukan saya. Dari segi bentuk tubuh pun berbeza kerana saya tidak ada ‘six pack’ seperti lelaki dalam video itu,” katanya hari ini.

“Saya tak tahu bagaimana mereka lakukan. Sebenarnya bilik saya penuh dengan almari dan katil. Tak ada langsung posisi yang boleh diambil untuk sudut seperti dalam video itu,” katanya.

“Saya tak pasti sekiranya ada pihak yang ingin menjatuhkan saya atau apa. Selama tiga hari saya berdiam diri kerana tidak berani untuk keluarkan sebarang kenyataan yang dikhuatiri boleh mengeruhkan lagi keadaan,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Aiman menafikan kontroversi itu sengaja ditimbulkan sebagai gimik untuk mempromosikan single terbarunya berjudul Terlerai Sebuah Janji. Kata Aiman, dia tidak akan sesekali melakukan publisiti murahan yang memalukan diri sendiri.

“Tak tergamak saya melakukan gimik yang boleh memalukan diri sendiri. Ia hanya kebetulan dan berlaku ketika lagu ini baru dilancarkan,” katanya.

Sementara itu, Aiman memberitahu pihak tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang terus menyebarkan video tersebut.