fbpx

“Itu Bukan Baby Bump, Dalam Perut Tu Makanan”

Timbul desas-desus oleh netizen mendakwa Ernie Zakri kini sedang hamil, penyanyi itu menafikan khabar angin tersebut. Ernie berkata berat badannya naik selepas berkahwin.

Menerusi satu perkongsian di Twitter, Ernie berkata dia tidak berhenti makan nasi selepas mendirikan rumah tangga namun kini sedang mengamalkan pemakanan sihat.

BACA: Baru Buka Berapa Bulan, Ernie & Syamel Terpaksa Jual Kedai Makan

“Itu bukan ‘baby bump’. Dalam perut tu makanan. Jangan buat saya macam ini. Saya sangat suka makanan sampai lepas kahwin tidak berhenti makan nasi.

“Tapi saya dah berhenti makan nasi sekarang dan kembali kepada gaya hidup sihat,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ernie menganggap khabar angin mendakwa dirinya hamil adalah satu doa buat dirinya serta meminta peminat mendoakan yang baik-baik.

“Tapi doa-doa anda itu saya aminkan. Doa banyak-banyak tau untuk saya dan mereka yang mahu timang anak,” tulisnya.

Ernie dan Syamel mendikan rumah tangga pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam, Shah Alam, Selangor.