fbpx

Baru Buka Berapa Bulan, Ernie & Syamel Terpaksa Jual Kedai Makan

Baru sahaja dibuka pada Disember tahun lalu, pasangan selebriti Ernie Zakri dan Syamel memaklumkan kedai makan milik mereka Se-Table yang terletak di Platinum Walk, Setapak telah pun dijual.

Menurut Ernie, keputusan untuk menjual kedai makan tersebut bukan kerana terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi ada masalah dengan rakan kongsi.

BACA: Ernie Zakri Syukur Syamel Tak Cerewet, Masak Sendiri Kalau Nak Makan Sesuatu

“Kafe tu lama dah kitaorang jual, ada la sebab-sebab tertentu, isu di mana kami tak boleh bekerjasama dengan a few partner kami, jadi kami ambil langkah untuk jual kedai itu.

“Kami jual bukan sebab terkesan dengan PKP, sebelum ni masa PKP masih berjalan lancar juga,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, meskipun aktiviti seni terpaksa dihentikan Ernie berkata dia dan suami tidak terjejas teruk memandangkan ada perniagaan lain.

“Dari segi kerjaya semua terpaksa dihentikan sementara tunggu lockdown ni. Kalau nak kata survive tu, Alhamdulillah walaupun duduk di rumah, kami masih buat program-program bekerja dari rumah.

“Sekarang ni kami usahakan keropok lekor crispy frozen dan permintan pelanggan pun semakin banyak, walaupun tak boleh keluar rumah ini la yang kami jalankan,” katanya.