fbpx

Isu Video Lucah, Syafiq Kyle Ada Nasihat Untuk Aiman Tino

Minggu lalu, hangat diperkatakan di media sosial mengenai penyebaran video lucah seorang lelaki yang dikatakan mirip penyanyi Aiman Tino. Bagaimanapun, Aiman menafikan bahawa lelaki di dalam video itu adalah dirinya malah badan lelaki dalam video tersebut berbeza dengan dirinya.

Dalam pada itu, Syafiq Kyle berharap Aiman Tino sentiasa berfikir secara waras tanpa tekanan berhadapan dengan kontroversi panas tersebut. Pernah terkait isu sama setahun lalu, Syafiq berkata apa yang paling penting adalah sokongan keluarga,

BACA: “Itu Bukan Saya, Bentuk Badan Pun Tak Sama”

“Saya tiada nasihat apa-apa untuk diperkatakan kerana mereka boleh berfikir dengan baik, waras tanpa tekanan.

“Cukup hanya dengan mendapat sokongan daripada keluarga, itu paling penting saya rasa,” katanya kepada Astro Gempak.

Kata Syafiq lagi, tidak boleh menjatuhkan hukuman dengan apa yang telah dilakukan oleh individu tersebut, sepatutnya lihat pada diri sendiri terlebih dahulu.

“Saya tidak boleh cakap apa, kita pun sudah banyak lalui masalah. Bukan hanya pasal industri, banyak lagi perkara besar seperti penipuan dan rasuah.

“Kita tidak boleh menjatuhkan hukuman dengan apa yang telah dilakukan oleh individu tersebut. Kita sepatutnya tengok pada diri sendiri apa yang akan dilakukan ataupun telah dibuat.

“Cukup ke kita untuk menasihati ataupun berkongsi pendapat, sedangkan diri sendiri tidak pasti betul atau tidak apa sebenarnya sedang dilakukan,” katanya.