Isu Tutup Wajah Anak, Elly Mazlein Kata Itu Pilihan Sendiri
Baru-baru ini, usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM meluahkan rasa rimas dengan tindakan artis yang tidak mahu mendedahkan wajah anak mereka kepada umum.
Kenyataan Kak KM itu turut mendapat perhatian pelakon dan pengacara, Elly Mazlein yang berkongsikan pendapatnya mengenai isu tersebut.
BACA: Kak KM Rimas Artis Suka Sorok Wajah Anak Baru Lahir
Elly yang lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom itu berkata ianya adalah pilihan masing-masing untuk menutup wajah anak dan dia berbuat demikian kerana tidak mahu kedua anaknya terpalit dengan populariti.
“Buat pilihan sendiri. Pilihlah bahagia. Biarlah anak Kak Kepom jauh dari dunia glamour. Biarlah anak-anak Kak Lina dengan cara mereka. Jangan pelik sangat, benda takde apa pun nak dipelik atau hairan,” tulisnya
Dalam pada itu, Elly berkata masing-masing mempunyai hak untuk membuat pilihan serta cara masing-masing dalam membesarkan anak-anak.
“Jangan sentuh hal anak-anak dan manusia ada hak untuk buat pilihan. Sila tag kak KM apa entah nama dia, terima kasih,” tulisnya.
Terdahulu, Kak KM berkata berkongsikan wajah anak merupakan satu cara untuk menzahirkan rasa gembira dan syukur.
Ujarnya lagi, ibu bapa sepatutnya tidak perlu bimbang untuk berkongsikan wajah anak kerana orang ramai boleh mendoakan kesejahteraan buat bayi mereka yangg baru lahir itu.
Benda simple kalau xnk anak dikenali netizen x payah laa dok share gmbr kt public! Share private je sesama family mcm laa x boleh?!
Loh..isu buka tutup muka anak lg keeeeeee?????
Hak masing2 lah tu
Ko suka tunjuk2 anak, ko tunjuklah puas2
Klu ko jenis yg mungkin agk privasi, atau takut anak kena ain ke apa, tak payahlah ditunjuk.
Masing2 ada hak masing2
Masing2 ada pegangan masing2
Apa nak kecoh?
Part tutup muka anak tu kira ok lagi. Yang paling lawak bila pergi dating pastu post gambar tutup muka BF/GF.. Motif??? Konon Lepas dah kahwin baru nak hebah? Tapi hakikatnya sebelum kahwin kau dah menggelabah post sambil cover sticker. Sama je mendatangkan fitnah. Lawak… Atau kau takut BF/GF di caras?? ala nok.. sedangkn lepas kahwin pun ramai yang dah kena caras. takdo bezanya nok nok sekalian… Annoying to the max!
Kira ok la tutup muka anak. Dari yang asyik tayang 24jam. lagi menyampah. Anak kau hidung kembang pun nak upload 24jam. Anak kau terberak dalam seluar pun kau nak upload gambar dulu. Orang macam tu aku unfollow je. Kawan tak kawan. Kalau dah nama kau asyik naik notification. Asal aku scroll je anak pertama. Anak kedua. Anak kesepuluh. ah lemas pulak ah.
Share menyusu nak kena taruk sticker kakKM…kepochi konon nak org like comment dia…diri sendiri didik anak lum betul nak sibuk hal anak2 org…kan dah kena
btl k lina… hak mmsing .. bende xslah… yg lain je kepochi mngelitis nk tgk
lorhh ig dia, suke hati dia la…
yg kak km tu sape? sibuk hal org..mcm bgus
hahahha si KM tu kl boleh semua nak tunjuk
siTua ni sebenarnya nak kutuk lopa biar org tambah benci psl sama2 biznez women la kan..cemburu. kalau rupa dan body kakKm macam lopa dua2 belah dia meyusu..hahaha
Tp betul gk kata KM kalo xnk tnjk nape nak pos kt socmed psl bdk tu? Nmpk sngt propa supaya fans lobatak tercari2, tertunggu betapa comel dan cantiknya anak dia tu ..
hak masing2la nak tunjuk , tampal sticker, tampal tepung ke. tak perlu meroyan pun kalau anak orang tu ditampal sana- sini. kau nk tunjuk anak kau, betik kau, itu masalah kau. tak payah nk tunjuk ajar orang lain macam mana orang lain nk urus hidup anak sendiri. macam kau pulak susukan anak dia. kalau kau menyampah orang lain tampal menampal, orang pun menyampah kau terlebih tunjuk sampai basi tengok.
Org tutup muka anak kau bersuara.kau dedah tubuh tknk plak kau bersuara..