Kak KM Rimas Artis Suka Sorok Wajah Anak Baru Lahir
Usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM meluahkan rasa rimas dengan tindakan artis yang tidak mahu mendedahkan wajah anak mereka kepada umum.
Memetik mStar Online, Kak KM berkata berkongsikan wajah anak merupakan satu cara untuk menzahirkan rasa gembira dan syukur.
BACA: Teringat Dekat Anak, Kak KM Menangis Jam 4 Pagi Masak Lauk Sahur
“Saya rasa rimas dan tak faham kenapa nak muat naik gambar anak selepas bersalin tetapi tidak tunjukkan wajah sebenar. Ada pula yang sengaja tunjuk gambar kaki atau tangan bayi sahaja.
“Jika tempoh hamil boleh share perkembangan diri kenapa tidak selepas bersalin? Allah sudah kurniakan rezeki, tak salah untuk kongsikan kerana itu tanda kita gembira dan syukur dengan pemberian-Nya,” katanya.
Sebelum ini, Kak KM ada meninggalkan komen pada satu posting berita mengenai pelakon Mira Filzah.
“Rimas betul tutup-tutup muka anak,” tulisnya.
Dalam pada itu, Kak KM berkata ibu bapa sepatutnya tidak perlu bimbang untuk berkongsikan wajah anak kerana orang ramai boleh mendoakan kesejahteraan buat bayi mereka yangg baru lahir itu.
“Saya dah lihat ramai yang tidak mahu kongsi gambar anak sebab takut kena santau atau perbuatan jahat orang lain. Kenapa perlu ada perasaan sebegitu jika kita tidak buat salah?
“Apa yang penting adalah niat kita untuk berkongsi berita gembira. Jangan nak fikir perkara yang buruk sahaja,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
kalau kt oversea, sesetgh selebrity memilih x tayang muka anak. kecuali yg mmg xkisah nk tayang laa mcm jolie or beckhams.
ada satu ketika tu aku baca artikel yg ada gmbr ank artis sdg didukung oleh artis. artis tersebut mmg dikenali menyembunyikan identiti fmly dia incl wife. bila paparazzi upload, ramai2 org kecam sbb tak bg privacy kpd artis tersebut kunun2nya. ia dikatakan mendedahkan ank artis tu kpd penculikan, extreme fanatic fans yg gila, dll.
sekiranya artis lain2 memilih utk tnjuk muka fmly, they are making money out of it mcm ank2 jolie & beckham endorse product or jd duta brand. so they know the risk of being famous.
tp yg xnk amik risk tu, dia sembunyi, then ada org gatal2 pegi tayang… xleh laa mcm tu
kak km jgn sibuk hal org nk tutup apa. tu dia pnya pasal. tk jadi dosa pn dia nk ttup muka ank atau pn tak. kak km jga dosa sndri jela ye lg2 bab aurat terjojol sana sini. Bkn sdp mata memndg pn.. berkerak sana sini. rumah kata pegi, kubur kata mari.
Si tampal sticker tu mengaada ngada lebih … Kayangan malaysia ….kaki sondol gak tu …
Sampai si sticker tu dpt duit raya pun kena heboh satu msia …
aku pulak rimas tgk konon artis tunjuk pe el tak senonoh lepas tu bila org tegur kata jgn kepo, jaga tepi kain sendiri. suka hati dorang la nak sorok anak dorang bukan anak ngko
Lebih baik tutup muka anak dari tk tutup tubuh badan utk di tayangkan umum..
Org tutup muka anak kau sibuk.. yg kau tk tutup bdn terlondeh Sana terlondeh sini. Org seksi npk bersih je..kau seksi npk selekeh.
Kak KM nak tup buat apa kan, menyusu je tak tutup…mcm real jer padahal diri hypocrite. Bukan artis pun menyebok nak masuk frame…
KKM tak tahu ke org ramai naik rimas bila ko kuar dlm socmed tunjuk muka ko.
Kak KM Rimas Artis Suka Sorok Wajah Anak Baru Lahir. Kami rimas tengok Kak KM terlebih tunjuk spare part yang tak perlu pada kami. Tahu pun rimas dengan orang. Orang lain rimas dgn Kak KM ada pikir?? Kak KM cakap kalau meluat tak payah tgk kan?? kan? kan?? Kak KM telan sndrila nasihat Kak KM. Sendiri x payah tgk retis tu. Meroyan lebih je Kak KM ni. Cakap pung pang, macam dia bagus.