fbpx

Isu Status Suami: Irma Hasmie Tidak Mahu Ulas Lanjut & Anggap Biasa

Jujurnya kami suka cara Irma Hasmie memberikan maklum balas terhadap isu yang sebenarnya agak besar di'mata sesetengah peminat dunia hiburan Malaysia.

Tenang dan tidak mengecam hebat mana mana pihak ekoran tersebarnya gambar perkahwinan pertama Redza Syah Azmeer dengan seorang wanita bernama Farah Diana.

Irma Hasmie yang di'temui wartawan baru baru ini mengakui yang beliau sudah mengetahui status duda suami'nya itu sejak awal perkenalan di kota suci Mekah lagi.

Dan, pelakon juga bergelar pengacara ini berkata beliau tidak mempunyai niat untuk berahsia dengan masyarakat tentang status suami'nya

itu ketika berkahwin tiga minggu lalu.

“Saya tak suka nak ulas panjang-panjang kerana khuatir apa yang saya cakap itu akan membabitkan maruah orang lain”

“Bukan itu sahaja, malah banyak fakta yang salah diberikan pada keseluruhan cerita berkenaan gambar perkahwinan lampau suami saya,” kata Irma Hasmie.

Irma Hasmie turut berkata yang beliau lebih risaukan keluarga sebelah suami yang tidak biasa dengan gossip dunia hiburan sebegini yang sudah biasa buat beliau.

“Lagi pun benda itu sudah berlalu. Saya pun ada sejarah hitam saya sendiri. Begitu juga dengan suami saya. Apa yang pasti, gambar itu bukan isu besar pun. Ia cuma gambar perkahwinan,” tambah Irma Hasmie lagi kepada Utusan Malaysia edisi hujung minggu lalu.

zp8497586rq