Gara-gara berkongsi video merotan anak, Qadejah El Zahra yang berusi 9 tahun kerana membuka tudung, tindakan tegas Datuk Aliff Syukri itu telah mendapat perhatian beberapa badan NGO sehingga dipaparkan di slot berita utama.
BACA: JKM Cari Aliff Syukri Di Pejabat Isu Rotan Anak
Terkilan dengan hal itu, Aliff memuat naik video sambil menitiskan air mata kerana kecewa dengan sikap netizen yang melaporkan hal berkenaan. Jelasnya, niatnya hanya untuk mendidik anak-anaknya agar menjadi insan berguna.
Isu berkenaan mula menjadi viral apabila Aliff membuat perkongsian di media sosial sehingga beberapa badan bukan kerajaan (NGO) menyifatkan tindakan itu sebagai penderaan fizikal dan membuat laporan polis.
Khabarnya, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga menyerbu pejabat usahawan berkenaan bagi menjalankan siasatan terhadap isu berkenaan. Di ruangan komen, peminat turut bersimpati dengan kejadian itu.
Ramai meninggalkan komen memberikan kata-kata semangat buat Aliff, disamping menasihatinya agar tidak terlalu berkongsi segala hal keluarga di media sosial dan mengambil pengajaran dengan apa yang berlaku. (rtky/w)