fbpx

Isu Luar Mahkamah, Johan Asari Kagum Dengan Ellie Suriaty

Baru-baru ini, pelakon senior Ellie Suriaty menjadi perhatian umum apabila dia dilihat menimbulkan kekecohan ketika berada di perkarangan mahkamah pada Rabu lalu sebagai penyokong bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Semalam, pelakon Johan Asari pula tampil menyuarakan pendangannya mengenai tindakan Ellie Suriaty yang dilihat sangat berani untuk memperjuangkan penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam mahkamah.

BACA: Beri Sokongan Buat Najib Razak, Ellie Suriaty Bikin Kecoh Di Mahkamah

Menerusi Instagram miliknya, Johan meluahkan rasa kagum dengan semangat yang ada dalam diri Ellie.

Johan juga mengatakan Peguam Negara perlu menggunakan bahasa kebangsaan seperti mana beberapa negara lain lakukan.

Sebelum ini, Johan pernah mencetuskan kontroversi apabila memuat naik status meminta pihak polis memeriksa kediaman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M). Bagaimanapun, Johan membuat permohonan maaf selepas dikecam teruk oleh netizen.