fbpx

Beri Sokongan Buat Najib Razak, Ellie Suriaty Bikin Kecoh Di Mahkamah

Dalam kesibukan orang ramai ingin mengetahui perkembangan terbaru kes mahkamah yang melibatkan bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak hari ini, seorang pelakon dan selebriti telah menimbulkan kekecohan yang melampau.

Pelakon Ellie Suriaty telah dibawa keluar oleh anggota polis selepas berlaku provokasi penyokong Najib Razak yang hadir di hadapan pintu masuk Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung isu SRC International Sdn Bhd.

Berdasarkan video yang dimuatnaik media hari ini, kelihatan jelas Ellie Suriaty bersemangat untuk menuntut kebebasan Najib Razak sebelum diiring oleh anggota polis untuk meninggalkan kompleks mahkamah.

Pelakon itu turut memuatnaik beberapa video di Facebook beliau menunjukkan tanda sokongan tidak berbelah bahagi kepada Najib Razak. Bekas Perdana Menteri itu kini sedang berhadapan tuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah lebih RM4 billion. (rtky/m)