Isu Komen Gaji Tertunggak, Dr Fie Mohon Maaf 

Pempengaruh media sosial, Dr Afifah Hidayah memohon maaf susulan responnya yang didakwa tidak sensitif ketika membaca komen mengenai individu yang meninggal dunia ketika menunggu bayaran gaji dari suaminya, Kapten Amrul Nizar.

Menerusi perkongsian di Threads, Dr Fie mengakui dirinya bukan manusia sempurna serta mempunyai kekurangan.

BACA: Bekas Pekerja Pertahan Suami Dr Fie, Kapten Amrul Bukan Kaki Perempuan

“Maaf sekiranya saya terlepas pandang dgn tingkah laku saya. Saya bukan manusia sempurna. Saya juga ada kekurangan, kesilapan dan sisi kehidupan yang mungkin orang tak pernah tahu,” katanya.

Sementara itu, Dr Fie berkata dia memilih untuk tidak membalas kecaman dengan kebencian serta berharap agar semua pihak tidak mudah menghukum.

“Saya memilih untuk tidak membalas kebencian dengan kebencian. Semoga Allah pelihara hati kita daripada terlalu mudah menghukum, dan semoga kita tidak menjadi sebab seseorang terluka dengan kata-kata kita,” katanya.

×