fbpx

Isu Harga Ikan Siakap Tak Masuk Akal, DSV Tawar Nak Bayar Bil Mangsa

Umum mengetahui sejak beberapa hari ini hangat diperkatakan mengenai ikan siakap yang dijual mahal di sebuah restoran di Pulau Langkawi mencecah lebih RM1,000.

Perkara itu turut mendapat perhatian jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang simpati dengan nasib mangsa serta mahu membayar semula harga ikan siakap yang dikenakan kepada mangsa.

BACA: DSV Hantar Cik B Balas Lagu Iqbal

“Saya ada baca kisah ikan siakap viral. Sementara saya masih bercuti di Langkawi ni, saya rasa terpanggil untuk saya belanja atau bayar balik harga ikan siakap yang telah dibayar oleh keluarga tersebut.

“Saya terpanggil ssebab saya memang suka ikan siakap, saya sensitif isu ikan siakap, saya hantu siakap. Saya bukan nak cari viral tapi sebab saya memang di Langkawi,” katanya.

Menerusi video dikongsikan di Instagram, Vida turut meminta bantuan pengikutnya untuk mengesan individu berkenaan kerana mahu belanja mangsa.

“Kiranya saya belanja la makan ikan siakap tu.. jadi saya nak bayar balik pada kakak tu. Boleh la kakak tu dapat duit dia balik untuk kegunaan lain. Brcuti kalau memang pakai duit banyak.

“Boleh tolong sampaikan kat dia ye. Kalau ada sesiapa yang mengenali beliau boleh tolong tag atau DM saya okay,” tulisnya.

Terdahulu, kecoh perkongsian seorang pengguna Facebook berkongsikan bil harga ikan siakap seolah-olah tidak masuk akal berjumlah RM1738.70, dipercayai sengaja diberi saiz ikan yang besar tanpa pengetahuan pelanggan.