Walaupun namanya menjadi sebutan selepas gambar bogel dirinya bersama Atikah Suhaime tersebar meluas, Idris Khan memberitahu isu terbabit sedikit pun tidak menjejaskan perjalanan kariernya didalam bidang seni. Sebaliknya rezekinya sebagai pelakon semakin bertambah dan berjalan seperti biasa sejak kontroversi itu melanda dirinya baru-baru ini.
BACA: Idris Khan: Aku Islam Yang Tak Pernah Gentar
“Alhamdulillah rezeki saya semakin bertambah dan karier saya masih berjalan seperti biasa. Peguam saya menasihatkan agar tidak memberikan sebarang kenyataan buat masa sekarang sebab ianya dalam siasatan sekarang ini,” katanya kepada m Star Online berhubung dengan isu gambar bogel bersama Atikah yang dikatakan mirip dengan wajahnya.
Setelah sekian lama mengunci mulut berhubung penyebaran gambar lucah mirip wajahnya, Idris cuba menanggani isu berkenaan dengan sebaik mungkin dengan menyerahkan perkara itu kepada pihak peguam untuk tindakan lanjut. Terdahulu Idris dikaitkan dalam sekeping penyebaran gambar bogel bersama Atikah Suhaime dan Ammar Alfian, namun mereka menafikannya.
Baru-baru ini pula, Ammar dikatakan berang dengan kenyataan Idris didalam satu temubual yang mengatakan penyebaran gambar bogel itu adalah berpunca daripada musuh dalam selimut. Tidak tahan namanya terus dikaitkan dalam hal ini, Ammar tampil mempertahanan dirinya sekaligus menafikan segala dakwaan yang dilemparkan oleh rakan artisnya itu. (rkty/w)