fbpx

Isu Foto Bogel Mirip Abang, Aaisyah Pula Jadi ‘Mangsa’

Baru-baru ini kecoh di media sosial dengan penyebaran gambar bogel seorang remaja lelaki yang didakwa mirip anak sulung pelakon popular Rozita Che Wan iaitu Ammar Effendy.

Seperti sudah dijangka, Instagram Ammar menjadi perhatian netizen yang mahukan kepastian mengenai isu kontroversi tersebut. Bagaimanapun, foto adiknya pula iaitu Aaisyah yang dipenuhi dengan komen negatif, kecaman dan berbaur lucah.

BACA: Foto Bogel Mirip Anak Tersebar, Che Ta Lapor SKMM

Namun ada segelintir netizen merasakan tindakan meninggalkan komen negatif di foto adik perempuannya itu tidak wajar kerana menjadikan seorang kanak-kanak mangsa keadaan.

Terdahulu, Che Ta memberitahu dia sedikit pun tidak melatah dengan isu foto bogel yang dikaitkan dengan anaknya itu. Malah, pihaknya sudah pun membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut berhubung penyebaran gambar tersebut.