fbpx

Isu Campak Tanjak, Nabil Tiada Niat Perlekeh Adat Melayu

Tindakan Nabil Ahmad mencampak tanjak yang dipakai ke lantai di pentas Muzikal Lawak Superstar (MLS) Jumaat lalu menimbulkan rasa kurang senang netizen. Tidak kurang juga ada yang menyifatkan perbuatan Nabil itu sebagai biadap.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Menerusi Instagram, Nabil bagaimanapun tampil membuat permohonan maaf di atas ketelanjurannya itu. Menurut Nabil, dia tidak niat untuk memperlekehkan bangsa dan adat Melayu.

BACA: Nabil Doakan Isteri Untuk Terus Berhijab

https://www.instagram.com/p/Bz2m9ZehXgi/?utm_source=ig_embed

“Saya nak buat permohonan maaf secara terbuka di atas keterlanjuran saya malam tadi di atas pentas Muzikal Lawak Superstar.

“Tidak menjadi niat saya untuk memperlekehkan bangsa dan adat melayu kita terutama sekali tanjak yang saya pakai dan saya telah ditegur secara baik oleh Tok Cindai dan seluruh ahli keluarga pengabdi budaya.

Dalam pada itu, Nabil turut menyatakan rasa kesal serta malu dengan tindakannya itu dan apa yang berlaku benar-benar memberi pengajaran kepada dirinya.

“Saya manusia yang banyak melakukan kekhilafan dan saya harap permohonan maaf saya ini dapat memberi pengajaran pada saya.

“Dan hal ini betul-betul memperingatkan saya pada maruah budaya khemahkotaan bangsa Melayu kita. Saya amat malu dengan perbuatan saya malam tadi. Maafkan saya,” tulisnya.