fbpx

Baru-baru ini, perkongsian isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea menjadi perhatian apabila memuat naik gambarnya tidak berhijab di media sosial.

Perkara itu turut mendapat perhatian penerbit filem terkenal, David Teo yang memberikan pandangannya mengenai imej terbaru isteri Haqiem.

BACA: “Saya Dah Cuba Jadi Suami Sehabis Baik” – Haqiem Rusli

Menerusi satu perkongsian di Instagram, David berkata untuk kekal istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara bukan perkara mudah kerana iman seseorang sering berbolak balik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by David Teo (@davidteo99)

Dalam pada itu, David turut menitipkan doa buat Anis dan suaminya, serta meminta semua pihak mendoakan buat pasangan itu.

“Iman seseorang pastinya berbolak balik. Istiqamah dalam berhijab sememangnya susah namun Tuhan pasti mendengar hati kita.

“Semoga isteri Haqiem Rusli sentiasa berada di jalanNya dan kita doakan yang terbaik buat pasangan ini,” tulisnya.

Perkongsian David itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji cara penerbit itu dalam memberikan nasihat.