Isteri Yakin Aliff Syukri Jadi Mangsa ‘Tikam Belakang’ Kerana Terlalu Baik
Pelbagai isu dan kontroversi terpalit usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, isterinya Datin Seri Nur Shahida berkata dia mengambil iktibar di atas apa yang berlaku sebelum ini.
Shahida berkata apa yang berlaku berpunca daripada sikap mereka yang terlalu baik dan mudah mempercayai orang luar. Bagaimanapun, Shahidah berkata mereka menerima dugaan itu dengan hati terbuka dan menganggap ujian dari Allah.
BACA: “Kerjalah Wani, Dah Boleh Jalan Carilah Rezeki, Nak Harap Bantuan Sampai Bila?”
“Sebenarnya saya belajar apa yang jadi… bila kita terlalu dekat dan baik dengan orang, itulah modal mereka nak tikam belakang.
“Saya anggap ujian ini adalah Allah nak uji saya untuk dekat dengannya, Allah uji tanda sayang!” katanya membalas komen seorang pengikut di Instagram.
Baru-baru ini, hangat diperkatakan seorang gadis dikenali sebagai Wani Comel menuntut pampasan sebagai ganti rugi kerana mendakwa tidak mendapat sebarang faedah seperti dijanjikan sebagai duta produk pelansingan badan.
Wani mendakwa usahawan berkenaan gagal melaksanakan janji untuk memberikannya rumah, kereta dan belanja harian selepas menandatangi kontrak sebagai duta produk keluaran usahawan itu.
mana ada free didunia ni wei, ibubapa ada seekar tanah tpi anak ada 9 org, nak bahagikan ssh. Last2 salah seorg anak yg mmbeli tanah tu dn bgi duit kat ibubpa, jdi anak yg 8 org tu mulut tertutuplah, inilah salah satu contoh, mana ada free didunia ni wei.., udara yg kita sedut tu pun bkn selalu wangi2..kdg2 ada disusuli bau kentot..bangkai, taik..
duit sendiripun ssh nk dptkan!!!!!
Baik ada makna ..
Bila nawaitu nak tolong kuruskan badan berselindung dengan niat nak Jual product kurus timbang kilo.
Bila niat asal yang tak jujur.
Allah maha mengetahui…
Jgn mudah sngt tabur janji pd org
QUESTION KALO BOLEH MENUNJUK BERZAKAT BERPULUH2 RIBU.. KENAPA SEPARUH JALAN AJE TOLONG BUDAK TU???? TAK SUSUT ABIS.. MEDICAL FOLLOW UP PUN TAK DI TERUSKAN…
SOMETHING FISHY… MARKETING STRATEGY SAMPAI MEMPERGUNAKAN ORANG YG “TAK BERDAYA”
KALO ORANG “TAK BERDAYA” ALIFF BLEH UNGKIT… RASA2 ZAKAT DIA BUAT PUN DIA BLEH UNGKIT TAK????
BERBEZA BENOR DIA DGN MAK DIA SI BONDAAA TU YA…
TEPOK DADA TANYA LAH HATI MU ALIFF…
macam ni la pada saya, kurangkan controversy, duk diam2 elak selalu viral, jadi kurang la masalah mcm ni, org ambik kesempatan pada kita bila mereka tengok kita mewah, nak tolong atau tidak tu terpulang, kalau rasa nak kena game dgn org elak kan… tolak baik2