fbpx

“Isteri Tak Halang Saya Bercinta Dalam Drama”

Untung Alif Satar kerana mempunyai isteri yang memahami kerjayanya sebagai penyanyi dan juga pelakon. Melalui mStar Online baru baru ini, Alif menyatakan bahawa isterinya tidak menghalang dia untuk melakonkan adegan romantik.

BACA: Anak Kedua Buat Alif Satar Tak Cukup Tidur

“Saya boleh bercinta dengan sesiapa ketika dalam set lakonan, bercinta dalam karakter. Bagi saya itu hanya lakonan dan saya bersyukur isteri tak pernah halang, dia faham kerjaya saya dalam bidang ini,” jelasnya.

Malah kadang kala watak yang dijiwainya itu membuatkan Alif terbawa bawa sehingga pulang ke rumah. Bagaimanapun, isterinya adalah seorang yang sangat memahami kerjaya suaminya itu.

“Bagi saya zaman untuk jadi playboy sudah lama berakhir. Sekarang adalah masa mencari rezeki untuk keluarga. Tapi kadang-kadang apabila berlakon dan perlu bercinta dengan penuh romantik, karakter itu terbawa-bawa. Nasib baik isteri faham,” katanya. (rtky/s)