fbpx

Isteri Sufi Rashid Hilang Sabar, Buat Laporan Polis

Tidak tahan terus menerima mesej berbaur kata-kata kesat, isteri penyanyi Sufi Rashid, Nurulain Md Yusof mendedahkan beliau bakal membuat laporan polis terhadap beberapa netizen kerana melemparkan kata-kata kesat.

BACA: “Bertahun Pendam Perasaan, Isteri Menggigil, Menangis”

“Contoh komen yang ibu bapa saya akan buat laporan polis. Bukan disebabkan saya takut, tetapi saya seorang manusia yang ada limit sabar. Padam komen bukan disebabkan saya takut dengan awak, saya sudah ‘screenshoot’ semuanya.

“Biar undang-undang yang buat kerja. Saya nak bergembira dengan bulan madu saya,” tulisnya di Instastory mengenai tindakan beberapa individu yang menghantar mesej meleparkan kata-kata kesat.

Menerusi perkongsian itu, Ain memberitahu banyak menerima komen berbentuk hinaan selepas tular video dirinya bertindak meninggalkan pelamin ketika ibu Sufi, Irma Mahamud mahu bersalaman dan berpelukan dengan anaknya.

Jelasnya lagi, laporan polis dibuat bukan kerana beliau takut tetapi kerana sudah hilang sabar dengan kritikan netizen. Dalam pada itu Ain juga turut berkongsi beberapa screenshot yang menjadi bukti untuknya. (rtky/w)