fbpx

Isteri Shahrol Shiro Hamil Anak Pertama

Tahniah kami ucapkan kepada Shahrol Shiro dan juga isteri Anna Danisha kerana bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi. Perkara tersebut dikongsikan oleh isterinya di laman Instagram.

BACA: Di Sekitar Resepsi Kedua Perkahwinan Shahrol Shiro & Anna Anisha

7-isteri-shahrol-shiro-hamil-anak-pertama-rotikaya

“Alhamdulillah syukur atas rezeki yang Allah berikan. Terima kasih pada suami kerana menjadi seorang suami yang bertanggungjawab. Bertambahlah kekuatan seorang wanita dengan adanya rezeki cahaya mata dan amanah dr ALLAH S.W.T”

“Semoga segalanya dipermudahkan. Doakan yang baik-baik. Ameen,” luah isteri Shahrol di Instagram. Berita gembira tersebut turut dihujani dengan ucapan tahniah dan doa agar dipermudahkan segala urusan oleh pengikut Anna di laman sosial tersebut.

Sebelum ini, Shahrol telah pun bercerai bekas isterinya dan dikurniakan anak lelaki Muhd Adam Danish. Apa yang pasti, Shahrol pernah berkongsikan betapa dia mahukan perkahwinan ini kekal sehingga ke akhir hayat. (rtky/s)