Beberapa hari lalu, isteri kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz yang juga pelakon Datin Almy Nadia dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit perut dan disahkan mengalami batu karang dalam hempedu.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fizz memuat naik video memaparkan sikap prihatin anak sulungnya mengambil tanggungjawab menjaga adik-adik ketika ibunya sedang sakit.


BACA: Almy Nadia Alami Batu Karang Dalam Hempedu, Fizz Pesan Jangan Makan Jamu

Fizz meluahkan rasa terharu dan sebak kerana dikurniakan anak yang memahami keadaan ibunya yang sedang sakit dan ringan tulang membantu untuk menguruskan adik-adiknya.

Menerusi ruangan komen, Almy turut dilihat meninggalkan komen bangga dengan anak sulungnya yang memahami keadaannya dan membantu menjaga adik-adik walaupun baru berusia lima tahun.


Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.