fbpx

Isteri Pertama Amar Ashraf Takkan Tinggalkan Suaminya

Tampil membuka cerita, isteri pertama Amar Ashraf, Arna Salleh tegas dengan pendirian akan tetap bersama suaminya walaupun selepas apa yang didedahkan Ellika Azman dan konflik bersama dengan isteri kedua suaminya.

BACA: “Kami Sepatutnya Nikah Di Thailand Minggu Depan”

Mengakui dakwaan Ellika mengenai permintaan wang sebanyak RM100,000 yang diminta oleh ibu Ammar, Arna memberitahu tindakan itu bagi mengelakkan wanita itu bernikah dengan Amar. Namun Ellika pula sanggup membayarnya.

“Waktu itu, Ellika memaksa kedua-dua keluarga bertemu dan membincangkan urusan pernikahan mereka, bagaimanapun ibu mentua saya menegaskan dia tidak bersetuju Amar menikahi Ellika dan dia mula bersikap kurang ajar”

“Ibu mentua mencadangkan jika dia boleh bayar RM100,000 bagi menyelesaikan segala hutang Amar, barulah mereka boleh berkahwin. Dia kemudian memaklumkan ada wang sebanyak itu”

Dalam masa sama Arna memohon maaf kepada keluarga kerana merahsiakan masalah rumah tangganya selama ini. Malah Arna menganggap masalah ini berpunca darinya kerana gagal menjadi isteri yang baik.

“Sepanjang perkara ini berlaku, saya ada anak sebagai sumber kekuatan. Setiap hari saya belajar memperbaiki diri dan mungkin ada kekurangan dalam diri saya menyebabkan masalah ini timbul.

“Bagaimanapun dia tidak mahu kehilangan keluarganya dan berjanji akan memperbaiki kekurangan diri. Saya bukan isteri yang baik, tetapi saya tidak akan tinggalkan suami saya berhadapan dengan situasi ini berseorangan”

“Selepas cuba memperbaiki diri dan menjadi isteri yang lebih baik, tetapi jika masalah terus berlaku saya bersedia untuk berpisah. Semuanya terpulang kepada Amar sebagai suami,” jelasnya. (rtky/w)