Tahniah diucapkan kepada Nubhan Ahmad yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi apabila isterinya, Afifah Hidayah kini sedang hamil anak pertama mereka. Berita baik itu dikongsi oleh Nubhan menerusi akaun Instagram beliau kepada peminat yang mungkin sudah lama menantikan pasangan ini untuk menimang cahaya mata.
BACA: Nubhan Doa Dikurniakan Cahaya Mata
“Alhamdulillah, rezki Allah! Doakn yg terbaik buat kami ya. Baby tu malu-malu lagi,” tulisnya menerusi akaun Instagram sekaligus mengumumkan berita gembira itu kepada umum.
Setelah pengumuman tersebut, ramai mula membanjiri ruangan komen penyanyi itu untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan ini. Rata-rata ramai yang begitu teruja dan tumpang gembira dengan berita yang dikhabarkan oleh pasangan ini. Tidak kurang juga yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan isteri Nubhan ketika hamil.
Terdahulu, pasangan ini telah diberi ujian yang hebat sekali apabila isterinya keguguran ketika kandungan berusia tujuh minggu. Bagaimanapun, doa mereka untuk menimang cahaya mata ketika berkunjung ke Mekah baru-baru ini nampaknya termakbul. Apapun semoga kali ini segala urusan pasangan ini dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. (rkty/w)