Isteri Nak Bersalin, Aman Graseka Buntu Cari Duit Selepas Hilang Punca Pendapatan
Isterinya, Nurul Amrina Zamri bakal melahirkan cahaya mata kedua mereka bulan depan, pelakon Aman Graseka pening untuk mencari duit selepas hilang punca pendapatan susulan pandemik Covid-19.
Berikutan itu, pelakon berusia 53 tahun itu meminta penerbit dan pengarah filem berjudul 1875 menjelaskan bayaran sebanyak RM25,000 yang tertunggak sejak empat tahun lalu.
BACA: Aman Graseka Kecil Hati Dengan Anak, Isteri Muda Tak Halang Jumpa
“Isteri nak bersalin. Situasi Covid-19 yang tiada kesudahan dan tiada kerja. Ia memang buat saya pening kepala. Mana lagi ikhtiar saya untuk cari duit?” katanya.
Selepas hilang punca pendapatan sejak dua tahun lalu Aman kini menetap di kampung halaman isterinya di Padang Geh, Kuala Ketil.
Mengulas mengenai bayaran yang dituntutnya itu, Aman berkata filem itu diterbitkan menggunakan dana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan masih belum ditayangkan.
“Isteri sepatutnya menerima bayaran RM3,000. Saya sering menghubungi penerbit itu tapi dia hanya berikan janji palsu. Katanya apabila ada duit dia pasti akan bayar.
“Akhirnya saya hilang sabar dan mempersoalkan janjinya. Dia kemudian bertindak menyekat sebarang panggilan dan mesej saya. Saya amat kecewa dengan sikapnya dan tak mahu perkara ini berlaku lagi kepada pelakon lain selepas ini,” katanya.
Dalam pada itu, Aman mengakui dia ada meminta bantuan daripada rakan-rakan namun memahami dalam keadaan sekarang mereka juga berdepan kesusahan.
Ujarnya lagi, dia juga ada meminta bantuan daripada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), tetapi belum ada sebarang jawapan.
- SUMBER
- Harian Metro
Nasiblh… Kawin bini muda..mmg asyik beranak.
Dulu ada bini cantik kaya.. ada ank lg..cerai.. X jaga baik2.
Org..kalu dah umur tua ni.. patut dah relax2 tgok anak dh besar.
Minta la bantuan kat Mas dayu yang kaya tu, takkan malu kot
Rasa Mummy Mas Idayu tu tak kedekut..contact jela, tp jgn lupa minta maaf sbb bini muda buat hal aritu ya.
Waktu2 gini rendahkn je ego malu tu semua kalu nk idup.
Muntah
Fh apahal pulak mas idayu nk tlg.. bekas laki dh lama cerai.. lgpn haritu kemain berlagak dgn anak sendiri.. hah rasain lo
Tu la laki x pakai otak asyik pakai k*te je…time muda sikit, sihat lagi boleh la menyombong ngan ex wife n anak sndiri..time ko seronok berjimba n berjimak ngan bini muda ko rs dunia ko yg punya .skrg jenuh meratib nk menanggung bini muda dan baby baru..mas idayu gak bijak keja kuat2 mewahkan diri n anak sorg tu pun dh besar..x serabut nk jaga laki x sedar diri..klau nk sgt kawen baru pun cari la yg sekufi n sebaya..x perlu serabut ngan anak2 kecil dh..berteman ke surau hingga ke kubur lg elok kan
Allahh..sian wife org kdh tuh..huhuu
insyALLAH ada rezeki anak. Malu tolak tepi, demi anak..betul kan.., tapikan dlm pada tu kita perlu ” BERUSAHA”, rezeki Allah ada dimana2..