fbpx

Isteri ‘Meroyan’ Di IG, Shuk Sahar Akui Ada Salah Faham

Sejak pagi tadi hangat diperkatakan mengenai pelawak Shuk Sahar apabila isterinya, Rossa Sera memberi bayangan rumah tangga mereka kembali retak apabila meluahkan rasa di media sosial.

Rossa turut meluahkan rasa terkilan di atas apa yang berlaku kerana selama ini dia telah berusaha memperbaiki hubungan bersama suaminya.

BACA: Isteri Shuk Akui Sudah Putus Asa, Peluang Diberi Tak Dihargai

Sementara itu, memetik portal mStar yang menguhubungi Shuk, pelawak itu mengakui berlaku salah faham antara dirinya dengan isteri namun ianya tidak serius.

“Sebenarnya memang ada salah faham Shuk dengan Sera tapi tidak ada apa-apa pun. Sekarang saya ada di Pulau Pinang ada shoot sikit, saya tak nak komen lebih pasal ni InsyaAllah tak ada apa-apa yang berlaku,” katanya.

Terdahulu, Rossa mengakui sudah tidak kuat lagi untuk melalui perkara yang sama serta reda di atas apa yang terjadi.

Rossa turut meluahkan rasa terkilan kerana dia mahu bertahan namun kali ini Allah tidak izinkan dirinya untuk memaafkan lagi serta bersyukur ditunjukkan kebenaran.