fbpx

Isteri Shuk Akui Sudah Putus Asa, Peluang Diberi Tak Dihargai

Nampaknya rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan isterinya Rossa Sera kembali bergolak apabila Rossa memuat naik luahan perasaan di Insta Story pagi tadi.

Menerusi entri tersebut, Rossa mengakui sudah tidak kuat lagi untuk melalui perkara yang sama serta reda di atas apa yang terjadi.

BACA: Fara Salleh Rimas Masih Diganggu Shuk?

“Kejamnya manusia yang sanggup bersumpah berjanji padahal sedang bersama yang lain. Tiada yang lebih zalim daripada ini. Sakit sangat.

“Selama ini aku percaya Allah bagi aku kekuatan untuk memaafkan sebab ini cara Allah menjadikan aku kuat dan sabar untuk masa depan,” tulisnya.

Rossa turut meluahkan rasa terkilan kerana dia mahu bertahan namun kali ini Allah tidak izinkan dirinya untuk memaafkan lagi serta bersyukur ditunjukkan kebenaran.

Kata Rossa lagi, selama ini dia bersabar demi dua cahaya matanya meskipun dikecam teruk oleh orang ramai kerana sering memaafkan suaminya. Lebih kesal, Rossa berkata selama ini dia bersabar meskipun rasa perit dan sakit namun peluang diberi tidak dihargai.

Dalam pada itu, Rossa turut memuat naik paparan mesej mengatakan dia tidak mampu lagi memenangi hati insan tersayang serta berterima kasih kepada wanita yang membuatkan dirinya rasa sakit.

Terdahulu, rumah tangga Shuk Sahar bergolak apabila didakwa curang dengan seorang wanita. Shuk mengkaui menyesal dengan kesalahannya dan berjanji akan melakukan yang terbaik buat isteri, anak-anak dan keluarga.