fbpx

Isteri Mahu Selesai Secara Baik & Jimmy Shanley Tetap Pilih Mahkamah

Selepas pelbagai kenyataan yang agak peribadi keluar dari mulut Jimmy Shanley di mahkamah syariah, isteri’nya kini mengambil keputusan untuk selesai cara baik.

Nursuhaila Eliani Suhaimy berkata kepada mStar Online hari ini yang beliau sudah bertemu dengan Jimmy Shanley baru baru ini untuk berbincang penyelesaian kes cerai di luar mahkamah.

Suhaila mencadangkan kepada Jimmy Shanley supaya mereka berpisah dengan baik selain mengekalkan hubungan mereka sebagai sahabat demi kepentingan anak mereka bersama.

“Saya tidak mahu lagi kes kami berdua berpanjangan dan saya telah berjumpa dengan Jimmy untuk menyelesaikan masalah kami berdua secara berhemah”

“Saya juga menjelaskan, mungkin saya dan dia sudah tiada jodoh & berharap kami dapat berkawan baik demi kepentingan anak yang bakal berusia setahun pada 24 Jun ini,” ujar Suhaila.

Namun Suhaila berkata beliau tidak mampu berbuat apa apa kerana Jimmy Shanley tetap mahukan kes mereka di’selesaikan di mahkamah. Anda juga boleh membaca kisah penjagaan anak mereka di’sana.