Fahrin Ahmad Lebih Selesa Isteri Berehat Ketika Hamil
Setelah berkongsi berita baik mengenai kehamilan isteri tercinta baru-baru ini, Fahrin Ahmad dalam masa yang turut mendedahkan bahawa isteri kini telah pun meletak jawatan sebagai ketua pramugari di sebuah syarikat penerbangan.
BACA: Fahrin Ahmad Sahkan Sendiri Isteri Kini Hamil
“Alhamdulillah, semuanya menunjukkan perkembangan yang sihat setelah menjalani pemeriksaan buat kali kedua, baru-baru ini. Cuma apabila masuk ke peringkat ini, Elena sudah mula rasa sakit belakang, pinggang dan lenguh-lenguh kaki”
“Mungkin ramai yang belum tahu atau tidak perasan, Elena sudah pun meletak jawatannya pada hujung Januari lalu dan kembali ke Malaysia. Saya lebih senang dia berehat, apatah lagi ketika hamil,” jelas pelakon ini yang dipetik berkata kepada BH Online.
Pasangan bahagia ini telah berkahwin pada Mei tahun lalu di Pusat Konvensyen Sime Darby Bukit Kiara. Apa pun, semoga segala urusan Fahrin dan juga isteri dipermudahkan. Peminat Fahrin pastinya tidak sabar-sabar menantikan kelahiran cahaya mata sulung pelakon ini. (rtky/s)
Bestnya jadi stay at home mom!
kan.. sy nak sgt jadi stay at home mom tapi apakan daya, perbelanjaan byk sgt :(
best gitew kan….
BGUSLAH..JD SURI RUMAH TANGGA…KIPIDAD!!!
Isteri saya surirumah tapi tetap berdandan rapi. Saya bantu dia buat kerja supaya dia cukup rehat dan ada masa untuk diri sendiri juga. Saya, anak2 dan rumah kami terurus kerana kami tahu tanggungjawab masing2. Saya bangga isteri saya tak perlu susah payah berkerja. Dia tak perlu merasa rendah diri kerana dia hanya seorang surirumah. Saya selalu beri kata penghargaan pada dia, hasilnya……dia gembira dengan dirinya dan buat semua tanggungjawab bukan sebab terpaksa buat, tapi sebab dia sendiri yang nak buat. Happy wife, happy family!-just sharing
Nice. Good job bro! Btw tahniah Fahrin and wife.
Bgus lah..tahniah..
kalau dah rasa sakit pinggang, sakit belakang dan lenguh kaki, jadi kena lah sapu ginger cream selalu utk hilang rasa sakit
Perlukan rehat ketika hamil…. http://www.gerobokbuku.com/
Alhamdulillah,tahniah buat fahrin dan elena.rasa teruja dan macam2 menanti kelahiran ank pertama,selain menjaga pemakanan,kesihatan dan emosi.buat elena baca alquran dan zikir utk nilai tambah pada zuriat yg bakal lahir.Aminn..
bini dia ni muka tua bangka. muka makcik2 dangdut. tua dari fahrin ek bini dia ni??