fbpx

Fahrin Ahmad Sahkan Sendiri Isteri Kini Hamil

Tahniah diucapkan kepada pelakon, Fahrin Ahmad yang bakal menjadi seorang bapa tidak lama lagi. Setelah spekulasi mengenai kehamilan isterinya semalam, Fahrin Ahmad tampil memberikan pengesahan tentang berita gembira itu supaya dapat berkongsi kegembiraan bersama peminat.

BACA: Fahrin Ahmad Bakal Bergelar Bapa?

Menerusi Utusan Online, Fahrin Ahmad telah mengesahkan bahawa isterinya, Elena Hani kini sedang mengandung dengan usia kehamilan 15 minggu. Malah katanya lagi, walaupun kandungan isterinya masih baru kesihatannya masih dalam keadaan sihat.

Terdahulu, Fahrin Ahmad telah memuat naik satu kepsyen di Instagram beliau menyatakan kesedihannya terpaksa meninggalkan isterinya dan bayi yang dikandungkan untuk bekerja. Sejurus selepas itu, ramai yang membuat spekulasi bahawa pelakon itu mungkin bakal menjadi bapa.

Bukan itu sahaja, akaun instagram Fahrin Ahmad juga turut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada semua peminat mereka. Ramai juga diantara peminat mereka memang tidak sabar menantikan kehadiran cahaya mata pertama pasangan terbabit. (rkty/w)