fbpx

Isteri Lega Aliff Syukri Dah Berubah, Lebih Dengar Cakap

Baru-baru ini, jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri berkata mahu mengurangkan kontroversi dan gimik murahan di media sosial.

Niat Aliff itu mendapat sokongan daripada isterinya, Datin Seri Nur Shahida yang meluahkan rasa syukur dengan perubahan itu dan suaminya kini lebih mendengar nasihat.

BACA: Malu Dengan Anak-Anak, Aliff Syukri Mahu Kurangkan Kontroversi

“Sejujurnya saya suka sebab nampak banyak perubahan pada dirinya..dia lebih cool, dengar cakap dan iktu nasihat saya. Kalau dahulu nasihat juga tapi dia tak nak dengar.

“Contohnya kita cakap jangan buat lagu tapi dia buat juga. Sekarang ini kalau ada orang suruh komen sesuatu itu di media sosial, saya cakap jangan campur hal orang, dia akan okay. Apa yang saya nampak kebelakangan ini dia lebih mendengar cakap dan menerima pendapat kita,” katanya.

Kata Shahida lagi, dia juga turut menasihati suaminya untuk tidak mengulas berang isu membabitkan orang lain di media sosial.

“Apabila ada isu membabitkan rakan-rakan atau orang lain, kita tak nak beri komen atau campur hal mereka kerana takut termakan diri.

“Hari ini hari mereka, mungkin esok hari kita. Benda ni berputar, jadi saya rasa cukuplah kita tahu urusan keluarga kita sahaja, sebab kita pun tak tahu hujung pangkal sesuatu isu, bimbang jadi fitnah.

“Hidup kita ni macam roda, ada masa di atas dan ada masa di bawah, takkan dah jatuh baru nak sedar, jadi lebih baik ambil langkah awal. Kami pun dah nak masuk umur 40 tahun,” katanya.