fbpx

Malu Dengan Anak-Anak, Aliff Syukri Mahu Kurangkan Kontroversi

Sedar anak-anaknya kini sudah meningkat remaja, usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri berazam untuk mengurangkan kontroversi membabitkan dirinya.

Kata Aliff, dia enggan menjejaskan repustasinya sebagai seorang bapa serta malu dengan anak-anak jika terpalit dengan isu panas. Tambanya, dia mahu menjaga reputasi sebagai bapa serta mahu dihormati oleh keluarga dan masyarakat.

BACA: Ramai Kata Rindu, Aliff Syukri Nekad Nak Keluar Lagu Baru

“Anak pertama saya dah masuk tingkatan tiga, bila dia tanya…abah kenapa video viral macam ni, kita pun jadi malulah. Jadi saya fikir tak apa la walaupun kurang kontroversi maruah tu lagi penting.

“Kita nampak anak-anak dah membesar remaja, jadi anak bujang dan anak dara. Kita tengok betapa struggle membesarkan mereka. Kita pun dah tak boleh nak marah-marah sebab takut mereka memberontak.

“Saya nak jaga reputasi saya sebagai bapa. Saya mahu hubungan perkahwinan saya dan isteri berkekalan. Saya nak rasa dihormati oleh isteri, anak-anak dan masyarakat,” katanya.

Menurut Aliff, dia tidak sanggup lagi terpalit dengan kontroversi apatah lagi usianya sudah semakin meningkat. Malah, dia kini enggan melakukan gimik murahan untuk menarik perhatian ramai.

“Sebenarnya kontroversi ini seronok tapi biarlah dia datang secara smeula jadi bukan buat-buat sebab nak glamour. Kalau ikut saya pun nak popular hingga umur 60 tahun tapi bukan dengan cara yang murah.

“Saya mengaku awalnya kejar glamour sebab saya bukan artis, tapi ruapanya glamour tanpa duit pun tak ada erti. Kalau perasan enam bulan kebelakangan ini saya lebih selesa diamkan diri dari kontroversi.

“Sejujurnya saya dah tak suka dangan kamera, kalau nak cari kontroversi mudah sahaja, asal ada orang buat isu saya boleh saja menyelit sebab follower saya dah tinggi, bukan nak riak tapi itulah hakikatnya,” katanya.