Isteri Kini Berhijab, Rizman Nordin Doakan Terus Istiqamah
Menerusi satu perkongsian di Instagram, pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Nordin meluahkan rasa syukur isterinya ahli perniagaan, Nurida Suraya sudah pun berhijab sepenuhnya.
Dalam entri tersebut, Rizman turut memuat naik gambar isterinya tampil manis berhijab serta mendoakan agar kekal istiqamah dengan perjalanan baru itu.
BACA: Natasha Hudson Tuntut Rizman Ruzaini Mohon Maaf
View this post on Instagram
“Alhamdulillah, perjalanan baru untuk Nurida. Semoga istiqamah.. InshaAllah amin ya rabbalalamin,” tulisnya.
Perkongsian Rizman itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tumpang gembira dengan perkhabaran itu serta memuji kecantikan Nurida yang anggun berhijab.
Rizman dan Nurida mendirikan rumah tangga pada September 2019 dan dikurniakan seorang anak perempuan Rizqaa yang kini berusia lapan bulan.
Rizman pun dah berhijrah
Nurida Suraya sudah pun dah berhijrah & berhijab
Love this family.
Keep surrounding your family with positive vibes people.
Jangan jadi JAHLOP sudah.
Bertudung dan berniqab sebab Jual tudung
Perangai dia tetap hangsuang dan angkuh.
Contohi lah Miss Nina yg berhijrah.
Humble dan ada misi.
Tetap dan makin lawa
Mak aih,lawanyaaaa
Tudung semua org mampu, tapi yg tak mampu tu istikamah- mahal.
Jgn berniqab tapi langgar SOP huhup
Klu cantik bertudung compare dgn tidak bertudung, pasti wanita2 akan bertudung di rumah utk kelihatan cantik depan suami
. Klu x bertudung di rumah nnt x lawa pulak depan suami.
Alhamdulillah..
Bertudung bukan utk dipuji cantik, tetapi sbb patuh pada perintah Allah utk tutup aurat