Isteri Kedua Rayu Amar Asyraf Tunaikan Tanggungjawab
Belum reda lagi dengan kontroversi dengan dakwaan mahu berkahwin kali ketiga, nampaknya kemelut rumah tangga pelakon Amar Asyraf sekali lagi menjadi perhatian apabila isteri keduanya, Vivi Jeffry meminta suaminya bertanggungjawab terhadap perkahwinan mereka.
Menurut Vivi, dia tiada niat untuk mengeruhkan lagi keadaan tetapi hanya mahukan Amar ketepikan segala masalah yang berlaku demi masa depan anak mereka yang memerlukan perhatian daripada bapa.
BACA: “Amar Patut Jumpa Saya, Mungkin Saya Boleh Beri Nasihat”
“Untuk suami tersayang, doa saya sentiasa untuk awak. Apa-apa pun, awak tetap bapa kepada anak kita. Saya harap kalau awak baca ini, ketepikan perkara yang terjadi.
“Jalankan tanggungjawab anda dengan betul. Jadi lelaki sejati yang menunaikan janji. Saya tiada permintaan tapi jalankan tugas awak sebagai seorang bapa kepada anak awak yang tidak bersalah,” tulisnya di Instagram.
“Saya tiada niat nak jadikan perkara ini lebih teruk. Saya tidak minta semua ini terjadi tapi saya percaya Allah ada perancangan yang lebih baik untuk saya.
Dalam pada itu, Vivi berkata dia juga bersedia untuk berhadapan segala kemungkinan yang akan berlaku pada rumah tangga mereka serta percaya apa yang berlaku adalah untuk kebaikan mereka berdua.
“Apa saja takdir untuk kita di masa depan saya sudah bersedia. Saya tidak minta untuk diri sendiri tapi demi anak, jadilah lelaki bertanggungjawab. Saya sudah teruskan hidup,” katanya.
Terdahulu, kecoh apabila seorang wanita dikenali sebagai Ellika Azman mendedahkan Amar sudah mempunyai dua orang isteri. Kemudian, isteri kedua Amar tampil membuka mulut dan mengakui mereka sudah pun berkahwin beberapa tahun lalu.
- SUMBER
- mStar Online
Sini dah x best… jom pindah ke cari forum. com. my!!! Gosip hiburan tempatan ramai lepak sana!
X minat style blog sana laa…
knp dah x boleh reply komen2 dl ni?
Apsal plak x bole???
Ko dh nape???
Memang tak boleh reply lah! Mungkin yg x boleh reply kat henpon android kot? Yg reply2 kat atas ni guna henpon ka atau guna desktop atau admin sendiri?
salah pompuan…lelaki pun salah dah tau bahagia dgn 1st wife ada anak, duit artis bukan banyak…lum kaya dah takle control nafsu dah 2 nak 3 pulak…pompuan sekarang dah lain macam desperado. Still kena tanggung jawab pasal dah ada anak…jgn terpedaya dgn muka lelaki baik nampak cam semut tak mati sekali anaconda…
Kesian mcm wan sakinah ashraf muslim dia ini.
Maka dialah yg dicintai amar asyraf. Kalau tak mana boleh keluar anak tu.
Nak publisiti yg dia disayangilah tu.
suami apa ko ni, ko tau layan nafsu mu sja…anak isteri x terbela…jadi lah suami yang bertanggongjwb, pndai buat pndailah jaga…ni nk tambah cawangan lagi…apa punya jantan..ni kah ikon msia,,patut u artis ni jadi role model ni tak..dasar playboy..
direct text la bodoh.. bising kat soc med buat ape?
Dalam poligami kesilapan paling besar perempuan yg jadi no.2 & no. 3 ialah tak fikir panjang lepas dah dapat zuriat.
Bukan kau je yang kena kongsi lelaki tu… Zuriat isteri no1 dan bini-bini seterusnya pun kena kongsi.
Dulu masa bercinta merenyam caras suami orang…benda ni tak fikir… Cuma fikir nak kongsi kon*k laki tu je…
Sekarang bila cinta tu dah hilang… Pandai pulak claim boleh move on. Masa bercinta dengan suami orang kenapa tak move on awal awal. Inilah problem Masyarakat poligami.
somi dah tak interested dgn bini
Peringatan utk sendiri dan laki2 yg bc ni.
X takut ke siksaan kat akhirat jika x jln tnggunjawab sebagai ketua kuarga. Org kawin byk tnggunjawab byk. Ustaz x ajar ke atau x khatam kursus kawin.
Apa nasib anak2 hasil poligami .
Think about it please.