fbpx

“Amar Patut Jumpa Saya, Mungkin Saya Boleh Beri Nasihat”

Sejak minggu lalu, nama pelakon Amar Asyraf menjadi bualan ramai apabila terbongkar rahsia rumah tangganya yang dikatakan sudah beristeri dua dan nyaris berkahwin buat kali ketiga apabila didedahkan oleh skandalnya yang juga merupakan seorang pelakon baru Ellika Azman.

Perkara itu mendapat perhatian Ashraf Muslim yang turut melayari kehidupan berpoligami. Menurut Ashraf, tiada salah untuk Amar merahsiakan perkahwinan kedua tetapi perlu menghebahkannya supaya tidak berlaku fitnah.

BACA: Isteri Pertama Amar Ashraf Takkan Tinggalkan Suaminya

“Patutnya Amar kena jumpa saya, mungkin saya boleh beri nasihat. Bagi saya tak salah nak rahsiakan perkahwinan kedua tapi kena ingat sebagai selebriti ramai di luar sana ingin tahu mengenai keluarga kita.

“Jadi kalau boleh kita sampaikan kepada masyarakat supaya tidak berlaku fitnah. Nak kawhin berapa pun tak ada masalah, tapi kena lakukan dengan cara yang betul,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Ashraf berkata suami berhak menjalani kehidupan berpoligami sekiranya dia mampu menggalas tanggungjawab serta amanah yang diberikan tetapi jika tidak mampu, tidak perlu memilih jalan tersebut.

“Berpoligami ini tak salah sekiranya seorang suami itu mampu daripada segi menjaga para isteri, anak-anak dan bijak menguruskan rumah tangga. Paling penting, mampu menggalas amanah Allah berikan.

“Kalau rasa-rasanya tak mampu janganlah buat. Mampu ini banyak maksud antaranya masa, kewangan, kasih sayang dan segalanya,” katanya