fbpx

Isteri Kecewa Ammar Alfian Enggan Cerai

Hampir setahun kemelut rumah tangga diperkatakan, isteri kepada pelakon Ammar Alfian iaitu Nellisa Nezam kecewa apabila suaminya itu menolak permohonan cerai yang difailkan pada Januari lalu.

Menurut Nellisa, penolakan tuntutan cerai yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur itu dilakukan oleh Ammar pada Julai lalu. Nellisa kecewa apabila suaminya itu seolah mahu merumitkan lagi kes.

BACA: Tiada Peluang Kedua, Isteri Ammar Alfian Nekad Fail Cerai

“Saya kecewa kenapa Ammar seperti hendak menjadikan kes ini semakin rumit apabila menolak permohonan cerai itu.

“Saya tak tahu apa niat sebenarnya kerana bagi saya, kami sudah tiada apa-apa hubungan. Malah sudah tidak bersama sejak setahun yang lalu,” katanya kepada Astro Gempak.

Nellisa berkata hari ini dia baru sahaja selesai urusan pelantikan hakam untuk kedua-dua belah pihak bagaimanapun, Ammar enggan memberikan kerjasama.

“Ammar tak beri kerjasama, dia belum melantik mana-mana hakam. Selepas Ammar dah lantik hakam nanti baru kami boleh teruskan proses perceraian ini,” katanya.

Ammar dan Nelissa berkahwin pada 2016 dan rumah tangga mereka mulai retak apabila Ammar didakwa menjalinkan hubungan sulit ketika isterinya sedang hamil enam bulan.