fbpx

Tiada Peluang Kedua, Isteri Ammar Alfian Nekad Fail Cerai

Nampaknya rumah tangga pelakon Ammar Alfian di ambang kemusnahan apabila isterinya, Nellisa Nezam nekad untuk berpisah serta mendedahkan sudah pun menfailkan tuntutan cerai pada Januari lalu.

Menurut Nellisa, dia merasa lega selepas membuat keputusan untuk berpisah dengan Ammar dan gembira untuk memulakan hidup baru bersama anak lelakinya, Kyro Shakur. Nellisa berkata dia nekad untuk mendapatkan hak penjagaan anak mereka.

BACA: Muat Naik Foto Cacah Tatu, Ammar Alfian Mohon Keampunan Allah

“Saya boleh katakan sekarang saya sedang melalui fasa ‘single parenting’. Pada Januari lalu saya sudah failkan tuntutan perceraian dan ia masih dalam proses untuk menyelesaikan beberapa hal berkaitan dokumen dan hak penjagaan anak.

“Tidak banyak yang boleh saya kongsikan secara lebih terperinci kerana ia melibatkan proses mahkamah,” katanya kepada Astro Awani.

Dalam pada itu, Nellisa berkata dia telah banyak berkorban dan memberikan segalanya dalam ikatan perkahwinan namun apa yang dilakukannya seperti tiada makna. Nellisa menegaskan dia tidak akan memberi peluang kedua kepada Ammar.

“Sebagai seorang isteri saya mahukan sesuatu daripada suami saya dan saya tidak memperolehinya sepanjang perkahwinan, jadi kita teruskan hidup seadanya.

“Saya tahu apa yang saya mahukan dalam hidup saya dan saya sudah memberikan segalanya dalam perkahwinan saya. Mungkin pilihan saya kepada individu yang salah sebenarnya. Saya bersedia untuk ‘move on’ sekarang,” katanya

Terdahulu, rumah tangga pasangan mulai retak apabila Ammar didakwa menjalinkan hubungan sulit ketika isterinya sedang sarat hamil enam bulan.