Baru-baru ini Wawa Zainal ada memuat naik gambar memaparkan suaminya, Aeril Zafrel yang sedang makan didalam bilik tidur mereka. Tidak sangka pula posting itu telah menimbulkan perbalahan warga netizen.
BACA: Aeril Zafrel Didakwa Tak Sensitif Isu Kehilangan Peserta Larian
Dalam posting itu, Wawa menceritakan suaminya yang pulang lewat malam dari kerja, kejutnya dari tidur dan memintanya untuk menyediakan makanan. Malah Aeril juga memintanya membawa makanan itu ke bilik.
Posting yang nampak seperti biasa itu bagaimanapun mencetuskan pelbagai reaksi dikalangan peminat. Di laman Twitter, ada mendakwa tindakan Aeril seperti tidak bertanggungjawab mengejutkan isteri yang sedang lena tidur.
Bagaimanapun ada juga yang memandang perkara itu ke arah positif dan menganggap setiap suami isteri ada cara tersendiri. Bagi mereka, tindakan Aeril tampak manja kerana mahu makanan dari tangan isteri.
Tidak sangka pula posting yang dimuat naik pasangan itu menjadi perbalahan dikalangan peminat. Apapun pasangan ini memang sentiasa sweet tapi dalam perkara ini apa pula pendapat anda? (rtky/w)