fbpx

Isteri Hafiz Suip Selamat Timang Anak Kedua

Tahniah diucapkan kepada penyanyi Hafiz Suip dan isteri, Nureffy Jasreel Abdullah diatas kehadiran bayi lelaki yang merupakan cahaya mata mereka. Berita gembira itu dikongsikan oleh Hafiz menerusi Instagram malam tadi.

Menerusi perkongsian itu, Hafiz meluahkan rasa syukur di atas kelahiran cahaya mata itunya serta turut berkongsikan foto bayi namun tidak didedahkan wajahnya.

BACA: Hafiz Suip, Isteri Bakal Timang Anak Kedua

Terdahulu, Hafiz sempat berkongsikan foto isteirnya dimasukkan ke wad petang semalam. Difahamkan, isterinya dijangka melahirkan anak pada 23 Mac depan namun kelahiran itu disambut lebih awal.

Hafiz dan Nureffy mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016 dan dikurniakan cahaya mata pertama pada 2017 iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 3.