fbpx

Hafiz Suip, Isteri Bakal Timang Anak Kedua

Tahniah buat penyanyi Hafiz Suip dan isteri, Nureffy Jasreel Abdullah kerana bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi. Berita gembira itu dikongsikan oleh Nureffy di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Nureffy mendedahkan usia kehamilannya kini mencecah 13 minggu minggu.

BACA: Sekitar Majlis Cukur Jambul Anak Hafiz Suip

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, turut dihujani ucapan tahniah tidak henti-henti daripada pengikutnya buat pasangan berkenaan dan tidak sabar untuk melihat cahaya mata kedua mereka. Apa pun, semoga proses kehamilan Nureffy dipermudahkan.

Hafiz dan Effy mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Riyadh Zafri pada 31 Disember 2017.