fbpx

Isteri Da’i Farhan Ucap Tahniah Pada Bekas Madu

Tahun lalu, kontroversi perkahwinan kedua Da’i Farhan dengan janda anak lapan hangat diperkatakan. Lebih kecoh apabila pendakwah itu menceraikan isteri pertamanya yang sedang sarat hamil melalui aplikasi WhatsApp.

Meskipun pelbagai ujian menimpa bekas isteri Farhan iaitu Fatin Nur Ain, namun wanita itu tabah menerima segala dugaan dan semalam selamat melahirkan anak keduanya bersama Farhan iaitu seorang bayi lelaki.

BACA: Bekas Isteri Da’i Farhan Selamat Lahir Anak Kedua

Dalam pada itu, Dr Erin turut memuat naik status di Instagram mengucapkan tahniah kepada bekas madunya di atas kelahiran cahaya mata barunya itu dan berharap ianya dapat menambah kebahagiaan dunia dan akhirat kepada keluarga besar mereka.

Malah, Dr Erin juga berharap dapat meraikan ulang tahun kelahiran anak kedua Farhan dan bekas isteri bersama anaknya kelak yang kebetulan lahir pada bulan yang sama.

Diharap suatu hari nanti dua keluarga ini akan berbaik demi anak-anak dan kita doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka.