fbpx

Bekas Isteri Da’i Farhan Selamat Lahir Anak Kedua

Kontroversi rumah tangga Da’i Farhan hangat diperkatakan tahun lalu apabila pendakwah itu berkahwin dengan seorang janda anak lapan dan kemudian menceraikan isteri pertamanya yang sedang sarat hamil anak kedua mereka.

Terbaru, bekas isteri Farhan iaitu Fatin Nur Ain berkongsikan perkhabaran gembira apabila dia telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya iaitu seorang bayi lelaki semalam.

BACA: Rakan Baik Bekas Isteri Saman Da’i Farhan

Menerusi satu perkongsian, Fatin meminta meluahkan rasa syukur di atas kelahiran ank keduanya itu serta meminta orang ramai agar mendoakan kesihatannya serta dipermudahkan segala urusan.

https://www.facebook.com/fatin.fnama/posts/3310006969026099:0

Dalam pada itu, Farhan juga turut berkongsikan fotonya sedang menggendong anaknya serta mengucapkan rasa syukur di atas kelahiran anaknya itu serta berterima kasih kepada bekas isterinya.

Terdahulu, nama Da’i Farhan hangat diperkatakan apabila mengumumkan sudah pun berkahwin lagi dengan seorang janda anak lapan. Namun, timbul satu surat terbuka dari dari seorang wanita yang merupakan rakan baik isterinya mendakwa pendakwah itu berkahwin secara senyap-senyap.

Lebih hangat apabila Da’i Farhan mengeluarkan kenyataan bahawa dia tiada kekuatan untuk menolak calon ke 19 iaitu isterinya sekarang kerana ketika itu berada di Mekah.